Sunday, February 27, 2011

Tempat Pertama

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Jika jatuh kedudukanmu di kalangan manusia, janganlah berputus asa. Masih ada tempat pertama yang Allah sediakan untukmu di alam yang luas ini. Bahkan tempat pertama inilah yang wajib engkau dambai semenjak dahulu lagi.

Majukanlah ruhanimu..

Bangunkanlah pencakar imanmu biar sampai langit ketujuh. Tinggalkanlah kesia-siaan. Usah dikejar manusia yang binasa. Kejarlah cinta Allah yang kekal buat selamanya. Usah diangankan rumahtangga yang penuh bahagia, angankanlah syurga Allah yang dipenuhi nikmat tidak terduga. Usah dirindui kasih sayang seorang suami, rinduilah Rahman dan Rahiim Allah yang tidak luak sampai bila-bila.

Melangkahlah di era kemajuan hidayah dan ruhani. Hilangkanlah sepi dan sunyimu – dengarkanlah ratib para malaikat di langit-Nya, rasailah denyut zikir urat nadi yang berselirat di seluruh tubuh badanmu, hidulah aroma sedap dari bayu yang tidak putus bertasbih kepada-Nya, syukurilah kehebatan segala gajet Allah pada fizik dan jasadmu.

Engkau tidak 'kan pernah rendah, malah engkau ‘kan tinggi di sisi Allah. Tempat pertama akan menjadi milikmu kerana Allah tidak pernah salah mengadili.

5 comments:

  1. Saat saya bersedih dgn pemergian Cik Berry, entri Wahid ni seumpama painkiller yg terbaik buat saya..... TQ kerana mengingatkan, bukan harta/keseronokan dunia semata yg kita kejarkan... I LOVE U!!!

    ReplyDelete
  2. I LOVE U too..filLah wa lilLah.. Yuyue.. Jangan bersedih lagi.. bergembiralah nanti yang lebih canggih akan menyusul.. cayalah Amet.. :)

    ReplyDelete
  3. Allah mengambil Cik Berry tetapi Allah menggantikan dengan gadget taqwa yang lebih baik di hati kalian. Bukankah kemajuan ruhani itu adalah kemajuan tercanggih untuk setiap makhluq-Nya? Maha Suci Allah....

    ReplyDelete
  4. Subhanallah... semua yang datang dari Allah itu mmg yg terbaik. kita manusia je yg buta hati kan. Syukran...:) (dah boleh senyum sikit hehehe)

    ReplyDelete
  5. Senyumlah banyak2 Yue..bibir manismu itu gadget anugerah Allah untuk menyemarakkan kebahagiaan rumahtanggamu..daku mendoakan yang terbaik buatmu wahai sahabatku; dunia akhirat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...