Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Sekuntum bunga – yang harum baunya menjadi perhiasan alam. Adanya mewangikan, tiadanya seri menghilang. Sekuntum bunga – yang harum baunya lebih dicintai orang berbanding sekuntum bunga yang tiada baunya.
Sekuntum bunga harum yang tidak indah di pandangan mata sememangnya kalah berbanding bunga yang indah bentuknya. Namun semakin dihampiri, semakin terserlah pula keistimewaannya. Keharumannya yang semerbak membuat jari ingin memetik, membikin hati ingin memiliki.

Keharuman menjadikan sesekuntum bunga itu rebutan orang. Cantik atau tidak bukan hal lagi. Sesiapapun jua ingin menjadikan bunga harum sebagai perhiasan di jambangan indah yang telah tersedia di dalam kamar.
Keharuman sekuntum bunga itu ternyata lebih menarik dari keindahan bentuknya.
Pun demikian, bunga harum ‘kan tetap harum - sama ada dipetik orang mahu pun tidak, sama ada disunting kumbang mahu pun tidak. Sekuntum bunga harum akan terus menebarkan keharumannya sampailah ia gugur menyembah bumi.
*Wahai wanita-wanita seisi alam ini yang kusayangi, mari kita menjadi bunga harum yang mengharumkan agama-Nya dengan keharuman akhlaq yang solehah, dengan keharuman taqwa kepada Allah.
smg sy slh sorang bunga harum itu..InsyaALLAH
ReplyDeleteSemoga cikgu juga salah sekuntum bunga harum pilihan Tuhan... biarpun sering melakukan salah kesilapan.. biarpun serba kekurangan.. Semoga Allah tidak putus membimbing cikgu, insan yang melarat di bumi-Nya ini. Amiiiin Ya Rabb..
ReplyDeleteAssalamualaikum adik penulis blog yg tidak saya kenali tapi dekat di hati, teruskan melalui kehidupan dan teruskan menulisnya.. perkongsian yang ikhlas itu pasti mengisi jiwa2 yang kosong :-)
ReplyDeleteWa'alaikumussalam kak mamama..terima kasih atas sokongan..semoga saya dapat terus menulis buat diri sendiri dan ummah..semoga usaha yang kecil ini terpandang di sisi-Nya agar Dia terus memelihara dan menjaga diri saya menjadi amah-Nya yang suci..amiiiin.. 'In tansurulLaha yansurukum..wa yuthabbit aqdaamakum..' Jika kamu menolong (agama) Allah, Allah akan menolongmu dan menetapkan (langkah) kakimu...
ReplyDeletesalam onee-chan!
ReplyDeletesaya juga nak menjadi bunga yang harum tu. hehe. rindulah kat akak. :)
Kita harum dah, kan? Rexona Naturals... :)
ReplyDelete