Monday, February 7, 2011

Jauh

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kadang-kadang saya terasa ingin pergi jauh; jauh sejauh-jauhnya...

10 comments:

  1. Ya Yue...

    Wahid ingin pergi membawa diri sejauh-jauhnya dari sini..membawa diri bersama anak-anak. Ingin menagih kasih bumi lain yang lebih luas di luar sana. Ingin lari dari wajah yang melukakan... Tetapi apakan daya.. Kami ditaqdirkan bukan untuk melarikan diri.. tetapi menghadapi dengan hati yang tabah..

    Sakit, menangis..itulah hiburan buat hati ini... Itulah teman yang sering menguatkan..

    *Ingin kulari kalau boleh sampai ke Jubail sana.. Hehe..

    ReplyDelete
  2. nada suara anda saperti orang yg putus harapan dari rahmat allah, wanita solehah tidak boleh sedemikian lakunya. semoga anda dilimpah ketenangan oleh allah swt

    ReplyDelete
  3. Bukan putus harapan dari rahmat Allah..tetapi inilah perasaan saya sebagai seorang manusia yang sangat biasa, yang sangat awamnya. Tetapi perasaan bukan tindakan. Manusia.. tidak dapat lari dari berbuat silap, tetapi sentiasa punya harapan untuk bertaubat. Manusia tidak dapat lari dari jatuh cinta, tetapi kepada Allahlah cinta itu dipulangkan. Manusia tidak dapat lari dari kesedihan tetapi Allah pasti akan menguatkan. Apa yang saya rasa...adalah manusia...wanita solehah pun manusia..dan saya masih dalam tarbiah Allah untuk mencapai klasifikasi solehah...

    ReplyDelete
  4. Dan kisah RasululLah berhijrah itu menyebabkan saya terasa ingin pergi jauh; jauh sejauh-jauhnya....

    ReplyDelete
  5. Salahkah saya wahai Ustaz Musa, lantaran menyatakan kebenaran isi hati saya sebagai manusia biasa? Kerana kesedihan itu adalah rencah kehidupan. Tidak salah untuk bersedih kerana sedih adalah perasaan untuk manusia juga tetapi kesedihan tidak pernah membunuh jiwa saya, bahkan semangat saya bangkit dari kesedihan, penghinaan dan pengabaian yang saya terima. Saya rasa, itu wajar bagi manusia biasa seperti saya...

    ReplyDelete
  6. Dan sebenarnya, kesedihan itulah yang menyatakan betapa Dia mengingati kita. Saya sangat sukakan kesedihan dan tangisan kerana itulah pembersih jiwa yang paling ampuh. Saya sangat rindukan kesedihan dan tangisan kerana ia mengampunkan dosa-dosa saya yang banyak. Terasa-rasa di hati saya ini, ingin pergi jauh; jauh sejauh-jauhnya kerana..benar..hati saya sedang bersedih, terluka.. tetapi saya masih berani untuk terus menghadapi. Allah ada bersama saya. Dia masih menguatkan - sentiasa dan selamanya.

    ReplyDelete
  7. sebenarnya bila saya nyatakan apa yang telah saya nyatakan itu, maka barulah tersingkap apa-apa yang telah terbuku di hati puan,semua yang puan nyatakan itu adalah benar belaka, selagi kita diuji oleh Nya maka semakin hampir kita dengan allah swt, setiap orang mempunyai masalah dan ujian tersendiri.Jika pandangan saya menguris hati puan saya pohon maaf, orang beriman mempunyai sifat meminta maaf dan memberi maaf, semoga allah menguatkan iman dan teguh dalam menghadapi ujian hidup kepada puan

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya ustaz tak silap apa-apa pun, apa yang ustaz ungkapkan adalah dari apa yang ustaz baca. Terima kasih kerana sudi memberi maklumbalas di laman saya ini...dan doakanlah agar saya terus teguh di jalan-Nya.. :)

    ReplyDelete
  9. tanpa membaca komen-komen di atas, pergilah sejauh-jauhnya.

    kadang kala, kita perlu ubah suasana, untuk mengubat luka lama. bersama dengan mereka yang kasih dan cinta bagi melupakan mereka yang dibenci.

    kadang kala, tangisan bonda boleh mengukir dendam dalam hati anakanda. didiklah mereka dengan suasana yang terbaik, disamping mendidik diri menerima Qada-QadarNYA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...