Saturday, February 5, 2011

Layakkah Disayangi?

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Tiba-tiba hati saya cuba dipertalikan dengan seorang lelaki. Dari kisahnya, dia adalah seorang lelaki yang sangat jurus, sopan santun dan berhemah. Orangnya punya jiwa yang tegar, tetap berpaksikan pendirian walau badai apa pun melanda, tidak pernah ambil hati dengan cakap-cakap orang. Saya belum pernah mengenalinya. Dan saya tidak dapat membuat apa-apa kesimpulan mengenainya.

Dari kejurusan semenjak kecilnya yang dikhabarkan, saya dapat mengagak, dia adalah seorang lelaki yang baik, mampu memimpin saya dan 4 Muhammad. Kerana kejurusan adalah keindahan akhlak – mencerminkan jiwa yang patuh kepada Allah.

Itu bukan soalnya.

Soalnya adalah, adakah saya layak untuk disayangi oleh seseorang yang sangat baik sepertinya? Adakah saya masih layak untuk sebuah cinta dan perhatian dari seorang suami? Kerana saya bukanlah seorang Noorwahida tetapi saya lima orang Noorwahida, Muhammad Al-Fateh, Muhammad Al-Auzaie, Muhammad Al-Hadi dan Muhammad Asy-Syazili. Cukupkah ruang di hatinya untuk memuatkan kami berlima yang tersangat ramai ini?

Dan layakkah saya yang telah bergelar janda yang serba kekurangan ini untuk disayangi lagi?...

10 comments:

  1. kasih sayang datang daripada allah, jika allah berkehendakkan jodoh dengan sidia maka pertamanya allah akan campakkan rasa kasih sayang kedalam hati kedua-dua kamu. Dengan perasaan kasih sayang ini lah semua makhluk allah yang berpasangan dapat hidup dengan betbahgia, saya doakan agar allah berikan yang terbaik kepada anda.

    ReplyDelete
  2. setuju sgt2 dgn komen encik musa.

    wahid, yue ni nk komen lebih2 pun bknnya bagus sgt.tp spt yg wahid sedia maklum, istikharahlah. klu dia ditakdirkan jodoh wahid, terimalah.

    kalau dia dh bersedia terima wahid, sudah tentu dia bersedia terima 4 Muhammad jugak.lgpun kan dia dikenali dgn kejurusannya.. :)

    insya Allah, utk sahabtku yg baik mcm Wahid ni, pasti Allah berikan yg terbaik... Yue sentiasa doakan Wahid bahagia, amin...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih, Ustaz Musa dan Chef Yue..

    Semoga hari esok akan menjanjikan kebahagiaan buat kami berlima, dengan siapa pun saya akan dijodohkan; atau mungkin tidak dijodohkan sampai ke akhirnya.

    Saya hanya ingin disayangi, tetapi saya merasa hanya layak dikasihani..kerana ada yang hanya tegar mengasihani sahaja...

    Semoga sesiapa pun yang hadir selepas ini, bukan untuk menghina saya tetapi meletakkan saya di suatu tempat yang mulia dan terhormat.

    Semoga sesiapa pun yang ditaqdirkan dan dipilih khusus oleh Allah itu adalah penawar dan ubat segala kemalangan yang telah ditempuhi oleh hati saya....

    Amiiin Yaa Rabb..

    ReplyDelete
  4. Terharu atas komen Ustaz Musa dan Chef Yue..

    Terima kasih, semoga Allah membalas kalian dengan sebaik-baik ganjaran dari sisi-Nya atas kesudian meredakan kegundahan saya..

    ReplyDelete
  5. Soal jodoh kan urusan Allah S.W.T...jangan khuatir..mungkin kali ni jodoh yang terpilih adalah jodoh terbaik untuk Suriummah...Insya-Allah......

    ReplyDelete
  6. Sekadar bertanya...orang entahkan sudi entahkan tidak. Saya hanya bertanya, sekadar meluahkan gundah di hati. Saya juga tidak mahu menjadi kesusahan dan beban dalam hidup orang lain. Kalau dia dapat terima, bagaimana pula ibunya, keluarganya?

    Terima kasih Zana kerana memberi semangat..semoga Allah bukakan hati saya dan hati insan yang dipilih-Nya.amiiin...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Da...sejuk rasa hati saya bila membaca coretan ini..maaf sudah lama x menjengah di sini..Da, kasih sayang Allah SWT tu luas & besar sgt..hingga x terduga dek akal kita...jika masih ragu..beristiqarah lah...istiqarah bukan hanya utk jodoh @ pertemuan shj ttp utk semua yg kita rasa terkeliru dan curiga..insya Allah janji Allah itu pasti...

    Saya sentisa mendoakan kebahagian utk Da & 4 Muhammad...:)

    ReplyDelete
  8. AlhamdulilLah..segalanya telah berlalu dengan baik. AlhamdulilLah..saya bukan jodohnya. Saya dan 4Muhammad tetap layak disayangi Allah atas kesabaran kami..insya Allah.

    AlhamdulilLah..segala puji bagi Allah atas segalanya. AlhamdulilLah atas anugerah kesabaran dan ketahanan hati ini, walaupun tumpah airmata yang di atasnya dia membina mahligai bahagianya. Betul tekaan saya - mana ibu yang mahu menerima, lantaran saya hanyalah janda, beranak empat pula.

    Apapun, tetap alhamdulilLah...segala puji bagi Allah!

    ReplyDelete
  9. segala yg berlaku, semuanya ujian. segala yg berlaku, semuanya diselubungi tabir hikmah.

    pilihan terbaik, dengan restu dan tawfiq ilahi.
    rezki perlu diusahakan, penghasilannya tawakkal Allah yg menentukan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...