Sunday, February 27, 2011

Jangan Berkecil Hati

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Jangan berkecil hati jika engkau bukan pilihan utama manusia, asalkan engkau adalah pilihan utama Allah. Jangan berkecil hati jika engkau tidak dicintai manusia, asalkan engkau dicintai Allah. Jangan berkecil hati jika engkau tidak dipandang manusia, asalkan engkau dipandang Allah. Jangan berkecil hati jika engkau bukan kerinduan manusia, asalkan engkau dirindui Allah. Jangan berkecil hati jika engkau dipinggirkan manusia, asalkan engkau tidak dipinggirkan Allah. Jangan berkecil hati jika engkau dihina manusia, asalkan engkau tidak hina di sisi Allah. Jangan berkecil hati jika engkau tidak dihargai manusia, asalkan engkau berharga pada pandangan Allah. Jangan berkecil hati jika engkau tidak mulia di mata manusia, asalkan engkau mulia di bawah duli keagungan Allah.

Jangan berkecil hati jika seribu kebaikanmu tertutup oleh gelaran janda beranak 4, asalkan Allah membaikkan hidupmu dengan gelaran janda suci yang berjihad membesarkan 4 Muhammad-Nya – yang bersih dan suci. Jangan berkecil hati.. jangan sekali-kali berkecil hati kerana engkau tidak dilahirkan untuk berkecil hati tetapi engkau telah dilahirkan dengan jiwa yang besar, tabah menghadapi segala keperitan hati dan perasaan.

5 comments:

  1. Sungguh rasa termotivasi dengan bait-bait kata isi hati wahida...sungguh benar ...hidup yang sesingkat ini teramat rugi untuk dibazirkan dengan berkecil hati.............izinkan saya untuk berkongsi kata-kata yang sangat indah ini di facebook saya...

    ReplyDelete
  2. Silakan kak saadiah...kongsilah apa-apa yang baik dari blog ini dengan rakan-rakan..dan jangan lupa letakkan linknya sekali.. Hihi.. bukan apa, supaya dapat mengajak lebih ramai pembaca ke sini... syukran ya..

    ReplyDelete
  3. Tafaddholii ya wanhamiza...sila..sila... jangan malu2...

    ReplyDelete
  4. Salam kak...saye mintak izin copy ya. Ayat2 ni memberi semangat pd saya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...