Tuesday, August 10, 2010

Ramadan dan Kami.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang

Ramadhan bertamu lagi setelah setahun pergi meninggalkan. Saya menyambutnya dengan hati yang sangat teruja bersama 4 Muhammad kerana inilah tahun pertama saya berpuasa sebagai seorang ibu tunggal. Dalam kemiskinan dan serba kekurangan, saya merenung wajah 4 Muhammad yang sedang nyenyak tidur. 3 dari mereka akan berpuasa bersama saya, manakala si kecil yang berusia 4 tahun, akan memberi semangat buat kami (sambil makan :)).

Mereka masih kecil. Masih terlalu mentah untuk mengerti keperitan yang saya tanggung kini. Apa yang mereka mahukan adalah kasih sayang, masa bersama dan perhatian dari saya. Setiap kali akan meninggalkan mereka untuk keluar mengajar, hati saya merasa sangat pedih. Selama ini saya tak pernah berpisah lama dengan mereka. Setiap saat yang saya lalui, mereka ada di sisi. Ke mana sahaja saya pergi, 4 Muhammad tak pernah berenggang. Tapi kini, barulah saya merasai kesakitan dan kesedihan setiap kali berpisah dengan mereka.

Tapi kemandirian dan sikap lelaki yang ‘gentleman’ pada diri 4 Muhammad menyebabkan airmata saya berhenti mengalir. Hati saya yang sebak, menjadi kuat dan tekad. Saya mesti gagah. Sayalah nakhoda bahtera kami lima beranak kini. Di atas bahu sayalah seluruh pertanggungjawaban memberi pendidikan dan nafkah yang secukupnya buat 4 Muhammad.

Kemiskinan yang kami harungi kini lebih membahagiakan. Saya mencuba sedaya upaya menghiburkan sambil mendidik mereka. Berjalan-jalan makan angin sambil mengenalkan mereka dengan Allah Pencipta. Melihat luasnya lapangan alam dan besarnya tugas yang harus mereka pikul di masa depan (saya anggap mereka sudah faham setiap curahan perasaan saya, walaupun mereka masih ralit bermain-main). Melukis, mewarna, solat dan mengaji bersama-sama menambaheratkan hubungan kami. Walaupun kadang-kadang ibu tunggal muda ini, bergaduh juga dengan mereka.

Dan Ramadhan yang tiba kali ini akan menjadi teman saya untuk memantapkan pertarbiahan ruhani mereka. Akan saya ajarkan mereka inilah hakikat kesusahan yang ditanggung oleh manusia yang lebih menderita dari kami. Agar mereka tahu bersyukur dengan segala nikmat Allah walaupun kami juga kemiskinan. Agar mereka dapat menghibai kesusahan orang lain walaupun kami sendiri kesusahan. Agar mereka sanggup berkorban untuk orang lain walaupun kami sendiri tidak kecukupan.

Saya merenung wajah mulus mereka satu demi satu. Dan kantuk pun singgah di mata..

Semoga Ramadhan yang bertamu kali ini akan memberi kebahagiaan yang berganda-ganda buat kami bersama Allah Yang Maha Cinta. Amiin..

13 comments:

  1. salam wahida...syukur wahida masih nk menulis kt sni...bile lame wahida menyepi, ida t'tya2 ape khabar wahida...

    ida xtahhu ape kisah duka wahida...tp kini setiap kali bace blog wahida, ida doakan wahida lebih tabah, sabar, kuat semangat...& semoga murah rezeki & bahagia b'sama 4 Muhammads tu...mereka lah penguat semangat wahida, insyaAllah. Allah akn sentiasa b'sama ibu2 spt wahida...Amin...buh laa gamba 4 Muhammads tu, ida nk sgt tgk gamba dirorg yg latest..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. syukran atas semangat ida. insya Allah, raya ni kita bleh jumpa, kan? Saya dah sepenuhnya beraya di Besut. Insya Allah.. tak payah bagi2 hari raya lagi. hehe. cuma anak-anak aje akan ikut giliran sebelah ayahnya pada raya ketiga. Empat Muhammad sangat kuat.. dah kekuatan merekalah yang menguatkan ummi ini. mereka bagai tiang bagi rumah ibu. mereka bagai layar bagi bahtera ibu. kalau separuh hati saya telah mati lantaran dicincang orang, separuh lagi ada pada 4 Muhammad itu..

    ReplyDelete
  3. xpe...yakinkan diri, wanita ni lbih kuat drp lelaki. walaupon si suami tlh singkirkan isteri, isteri masih kuat m'bela nasib & hidup ank2...insyaAllah.
    Wahida duk mae skrg ngn 4 Muhammads? keje ape skrg?
    Family wahida msti sntiasa ada m'bantu dop...insyaAllah raya kita jumpa...sedih rasenye wahida, tp bile kenangkn tuan pya diri yg menanggung tu KUAT, air mata xjd mengalir...

    ReplyDelete
  4. Saya skrg duk rumah manda(ma..hehe) dan ayahanda tercinta. Mengajar di MRSM (belum tetap)dan di pusat tuisyen untuk subjek Fizik dan Matematik Tambahan.. sesuai dengan kelulusan. Hikmahnya Allah menggerakkan saya ikut course ni di USM dulu dan berjuang sepenuh daya dapatkan segulung ijazah walaupun dengan mendukung anak kecil di kampus.

    ReplyDelete
  5. salam

    semoga lebih tabah menghadapi ujian, ya allah hanya orang2 terpilih sahaja, tentunya hikmah tersembunyi, moga rezeki akan melimpah ruah selepas ini..

    kak mas teringin sekali berjumpa wahida, insya-alla suatu masa kelak ya,

    nanti bagi alamat, kak mas mahu beri buku kak mas untuk wahida, semoga ia bermanfaat dan membantu;D

    ini email kak mas

    masayu2010@gmail.com

    semoga ramadhan ini memberi lembaran baru dan membina kekuatan untuk wahida

    salam kasih sayang

    ReplyDelete
  6. Terima kasih, kak mas. Ramadhan kali ini sangat menggembirakan. Walaupun ahad baru ini, saya amat berduka cita, surat hutang belajar datang menyerang. Enam tahun saya grad, hanya sepuluh kali(rm50 sekali bayar) hutang saya dibayar oleh orang yang berjanji nak membayarnya dulu. Hutang belajar itu, banyak digunakan untuk keperluan rumahtangga juga sewaktu kami masih sama-sama belajar. Kini, saya diwajibkan membayar tak kiralah saya bekerja atau tidak.

    Saya juga diceraikan dengan cara yang amat zalim, segala nafkah iddah, mutaah dan harta sepencarian dinafikan dari saya kerana katanya inilah harga sebuah penceraian.. tapi dia lupa; APAKAH PULA HARGA PENDERITAAN DAN PENGORBANAN SAYA SELAMA INI? Semoga Allah menyimpan segalanya sebagai saham akhirat saya. Amiin.

    Tapi Alhamdulillah.. Allah Yang Maha Kaya tidak membiarkan saya, insya Allah semoga saya akan diterima sebagai guru tetap tak lama lagi. Baru lepas interview dan micro teaching semalam. Sesungguhnya langit Kekayaan Allah tak pernah sempit, tak pernah tertutup. Sudah kelihatan cahaya yang akan menerangi lorong perjalanan kami 5 beranak.

    Kak Mas doakanlah ya dan insya Allah, semoga Allah menemukan kita suatu masa nanti. Amiin.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Da, Saya terkejut baca petikan dlm comment Da.

    "Saya juga diceraikan dengan cara yang amat zalim, segala nafkah iddah, mutaah dan harta sepencarian dinafikan dari saya kerana katanya inilah harga sebuah penceraian.. tapi dia lupa; APAKAH PULA HARGA PENDERITAAN DAN PENGORBANAN SAYA SELAMA INI? Semoga Allah menyimpan segalanya sebagai saham akhirat saya. Amiin."

    Ya Allah, Begitu mencabar sekali ujian yg dtg utk Da... Da sabar dan doalah byk2.. saya rasa Da terlalu teraniaya...sedih sgt bg saya yg mendengar mll blog ni...dan tak dpt saya bayangkan mcm mana pedih nya Da yg menanggung. berat saya pandang ape yg Da galas...saya pasti, berat lagi yg Da rasa sbb Da yg galas nye.

    Ya Allah, kau kuatkanlah semangat sahabatku Wahida...dan murahkanlah rezekinya utk dia sara anak2nya yg sgt memerlukan. Amin!!!

    Da, solat hajat byk2...semoga Da dpt jawatan tetap sbg guru MRSM. saya doakan,Amin! jgn sia2kan peluang kali ni Da...

    Da igt tak, dulu Noorwahida Daud@Arifin ni lah best student SMTM. Da antara yg cemerlang dpt twrn ke MSRM Taiping, tp Da pilih KISAS... Da, kuatkan smgt...berjuanglah! sy yakin Da mampu. Da ada kelebihan yg byk... kelebihan kekuatan iman, kekuatan semangat, kebijaksanaan, kelebihan keluarga yg berdiri di blkg Da... Gunakanlah kelebihan2 itu utk Da teruskan hidup ini.

    * Bila lah nak jumpa... (^__^)

    ReplyDelete
  8. salam sayang wahid.....
    i am speechless with tears from my eyes could not stop..... why on earth i am the last person to know this??? wahid, be strong, be patient, be smart... dlm susah ada senang, dlm pahit ada manis..... i hope and pray Allah gives u the best in your life...insya Allah!

    ReplyDelete
  9. My beloved Ina, thanks for being concerning.. Segalanya telah ditulis di Lauh Mahfuz.. saya redho dengan taqdir ini. Saya yakin, saya dipilih oleh-Nya untuk menanggung penderitaan ini kerana Dia tahu saya kuat. Dan kekuatan saya itu, bukanlah kekuatan saya sebenarnya melainkan kekuatan Dialah semata-mata.....

    ReplyDelete
  10. Salam Da...
    Bertabahlah wahai sahabatku...memang tak terduga begitu berat dugaan Da..i'm speechless...but please be strong...insya Allah jalan2 kebahagiaan sentiasa ada buat insan yang tabah seperti Da...
    Insya Allah insan yang saya kenal nie, sejak di SMTM adalah insan yang tabah...mempunyai kekuatan iman yang tinggi, semangat juang yang tidak pernah pudar...insya Allah 4 Muhammad akan lebih menjadikan Da insan yang paling tabah...ingatlah...Allah hanya menguji orang2 yang mampu untuk mengharungi ujian-Nya...insya Allah....

    Hubungilah sy jika Da merasa perlukan tempat untuk berkongsi rasa...insya Allah akan cuba menjadi teman utk mendengar jika tidak mampu untuk menyelesaikan...

    Salam ukhuwah...

    Azizah Mustaffa

    ReplyDelete
  11. Syukran ya ukhti..semua orang diuji. Jika begini ujian untuk saya..ada orang yang diuji lebih dahsyat lagi. Tentulah sesuai dengan kemampuannya. Semua orang yang mengaku beriman pasti diuji, persoalannya bukan bagaimana cara kita lari darinya tapi bagaimanakah cara kita menghadapinya.....

    Rindukan zah...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum w.r.t.

    Subhanallah! Kagum dengan kelebihan yang Allah s.w.t. berikan pada setiap manusia. Cuma terpulang kepada diri kita untuk menggunakan sebaik yang mungkin kelebihan tersebut.

    ReplyDelete
  13. Wa'alaikumussalaam wbt.

    Betul apa yang Raha kata tu...nikmat dan kelebihan yang Allah berikan hendaklah kita gunakan sepenuhnya untuk membantu agama Allah pula..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...