Monday, August 10, 2009

Rindu Serindu-rindunya

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang

Penantian itu satu kerinduan

Sepuluh hari ini adalah hari-hari yang penuh kerinduan. Denyut-denyut cinta bergetar – kian gelisah untuk bertemu. Hati berdebar-debar ingin menerima tamu tercinta yang ditunggu-tunggu. Sudah hampir setahun lamanya berpisah.



Demikian perlahan masa berlalu. Terasa - seperti saat dan minit sedang mempermainkan waktu. Kesabaran benar-benar teruji. Sempatkah menunggu sepuluh hari lagi? Sedangkan nyawa sentiasa di dalam genggaman Yang Maha Mengetahui.

Alangkah indahnya dia dan seluruh suasananya.

Saat langit mula memancarkan sinar fajar dan saat langit mula masuk ke penjara kegelapan. Betapa meriahnya tarawih, indahnya taubat di detik sahur, bahagianya berzikir tika iftar. Lapar, dahaga dan penat bersamanya tak pernah membunuh nyawa bahkan semua itulah makanan yang menghidupkan jiwa. Alangkah indahnya dia.. Ramadhan – musim panas berdebu, bulan dugaan ruhani penuh liku.

Sepuluh hari lagi dia akan tiba, membawa sejuta rahmah dan selautan sakinah. Bumi akan dibanjiri kemeriahan langit. Cahaya ibadah bersinar siang dan malam. Denyut-denyut pengabdian hidup subur. Manusia berlumba-lumba, merebutkan cinta dari Kekasih Agung. Segala makhluk bertasbih dan berzikir. Tiga puluh hari cuma ia bertandang. Wahai Ramadhan, rindu tak tertahan. Melarat hamba Tuhan ini menunggukan ketibaan.

Wahai Allah, izinkan aku melangkah ke madrasah agung-Mu; dengan hati yang penuh cinta dan rindu. Amin


7 comments:

  1. salam : sama2 le kita berdoa agar dipnjgkn usia sempat menikmati lg ramadhon yg kn menjelma dgn pelbagai fadhilat di dalam nya . ameeen

    ReplyDelete
  2. Benar, kak Ummi. Sama-samalah kita merenungi iktibar pemergian mengejut biduan nasyid tersohor kita, arwah Ustaz Asri. Tak sempat dia menemui Ramadhan tahun ini. Al-Fatihah.. kita ini, entahkan esok, entahkan lusa...

    ..Ramadhan hadapan belum tentu kita jumpa..

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Ummi_Chan,

    Terima Kasih kesudian terhadap saya..
    Entry akak menyedarkan sy bulan ramadhan madrasah terbaik..
    Harapan saya Moga terjalin Ukhuwah antara kita
    Datanglah singgah ke blog sy yg tak seberapa..
    Sila dan jemputlah..
    hajia-denganizinnya.blogspot

    ReplyDelete
  4. Semoga kedatangan Ramadhan ini akan menjadi titik tolak untuk kita menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya, Insya-Allah...

    Marhaban, Ya Ramadhan .....

    ReplyDelete
  5. Semoga ketibaan Ramadhan tahun ini akan lebih menebalkan lagi rasa kehambaan kita kepada Allah s.w.t.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum,salam taaruf dan salam ramadhan buat puan sekeluarga.entry ini juga mengingatkan diri saya sendiri juga.tq

    ReplyDelete
  7. Buat semua blogger; kak ummi, hajia, kak Ahliahnizam, akhi Zaidin, ummu Masyitah.. salam Ramadhan Al-Mubarak. Semoga 5 hari ini adalah 5 hari terindah dlm thn ini.. smg mdpt kekuatan memperolahi nikmat indah ini sehingga 30 hari..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...