Sunday, August 2, 2009

Enaknya Maggi, Sedapnya Nescafe

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih
Maha Penyayang

Mi maggi cepat dimasak,
sedap dimakan


Palestin, Iraq dan Afghanistan – bumi peperangan, bumi jihad dan medan gugurnya syuhada akhir zaman. Bumi-bumi itu, telah lama dikepung, dibantai dan diperangi pengganas-pengganas kuffar yang jahatnya macam syaitan! Di sana, saya dapat membayangkan betapa ngerinya hidup dan nikmatnya mati.

Lelaki-lelaki yang menjadi payung keluarga satu demi satu syahid. Anak-anak permata hati dan agama, terkorban di depan mata. Ibu-ibu dan wanita-wanita muslim, ada yang menjadi mangsa perkosa. Alangkah pedih hati ini mengenangkan nasib mereka; di kala kita sedang enak makan maggi, sedap minum nescafe.



Enaknya maggi, sedapnya nescafe.

Sehingga terlupa nasib yang menimpa mereka di sana. Keenakan maggi dan kesedapan nescafe telah menjadikan hati kita mati, jiwa kita lesu – mementingkan diri sendiri. Tak apalah muslim di Palestin mati bergelumang darah, asal kita dapat makan maggi, minum nescafe.



Pada saya, isu Palestin sentiasa relevan, tidak bermusim. Tak kira bilakah masa kita membicarakannya.

3 comments:

  1. Pasti isu Palestin tidak bermusim.
    Simpan benci tuan pada Yahudi,
    Biar ia sentiasa kekal di hati,
    Biar sampai tangan menggigil,
    Dek kerana menahan marah berapi.

    Corak blog ini lebih menarik daripada blog muslimah yang selalu saya lawati, kerana penggunaan warna yang lembut dan serasi.

    Bukan sekadar corak yang serasi,
    Malah ia penuh berisi.

    wslm.

    ReplyDelete
  2. Syukran jazilan.. Segala puji bagi Allah. Kepada-Nya jualah kembalinya segala pujian.

    ReplyDelete
  3. Tentang coraknya, berterima kasihlah saya kepada tuan designer Abuyon yang minimalis lagi kreatif.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...