Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Bertahan. Itulah yang cuba saya lakukan setelah bertahun-tahun. Bertahan.. sampai hari ini saya bertahan, menahan segala yang menimpa, menahan hati dari lupa. Lupa kepada Allah yang mengizinkan segala sesuatu itu terjadi dan berlaku kepada saya. Na'uzubilLah..
Diuji keimanan, bukanlah semudah yang disangka rupanya. Diuji janji dan kesetiaan kepada Allah dan Rasul-Nya adalah yang paling sukar. Lebih-lebih lagi, apabila bersendirian, terpinggir keseorangan, tanpa ada sahabat di jalan Allah yang mahu memperingatkan.
Saya bukan muda lagi. Waktu akan datang menjemput saya kembali kepada Tuhan. Kembali yang tidak akan pulang lagi ke sini. 30 tahun telah saya kecapi hidup di dunia ini, apakah yang telah saya lakukan terhadap diri, 4 Muhammad, ummah dan agama? Apakah telah cukup dengan hanya menangis dan menangis dan merintih tanpa berbuat apa-apa..
Apakah telah cukup dengan hanya bangun pagi, ke sekolah, mengajar, menjaga anak, kembali ke rumah dan tidur? Jika begitu, hidup saya tidak lebih dari seekor burung yang hanya mencari rezeki buat tembolok sendiri dan anak-anak...tanpa perlu memikirkan sekeliling.
Ujian yang saya lalui, hanya di hujung kuku ujian para ulama. Dugaan Tuhan yang saya hadapi, hanya sebesar hama di sisi para Anbiya. Amatlah kecil dan kerdil saya di gelanggang kesusahan.
Wahida, bukalah mata dan hatimu. Lihatlah betapa ramai orang-orang yang menderita dan melarat di sekelilingmu. Melarat dalam ilmu, melarat dalam kasih sayang, melarat dan menderita teraniaya dalam harta benda. Adakah engkau yang pernah merasa, hanya perlu berpeluk tubuh, dan menggoyang kaki tanpa perlu berbuat apa-apa, lalu menyebut... "Oh, alangkah kasihannya....". Sebenarnya engkaulah yang lebih kasihan. Miskin faqir dari menghulurkan...
Bertahanlah, terus bertahan dan hulurkanlah selagi engkau mampu menghulurkan, kerana Kekasih Agungmu akan terus mempertahankanmu, akan terus menghulurkan kepadamu.

Sahabatku Wahid,
ReplyDeleteHati yang sering dilukai lalu sembuh dengan zikir kepada Ilahi, adalah hati yang paling indah, dan bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih menghargai :)
Jangan meminta-minta pada manusia, supaya manusia sayang pada kita. Memintalah pada Allah, supaya Allah terus menyayangi kita.
ReplyDeleteKasih sayang sesama manusia - bukan untuk dipinta, ditagih atau dirayu... tetapi untuk diberi, diberi dan diberi selagi mampu - lilLah...
ReplyDeletesronok bce entry yg meletakkan diri sebagai ibu.. makin sayang kat mak..
ReplyDeletekepada Allah lah ditunjukkan pengharapan,
ReplyDeletemasih mencari hasil nukilan terbaru daipada anda untuk tahun 2012....
Allah suka mendengar rintihan hamba yang memiliki sifat kehambaan.....untuk mendapat tempat sebagai kekasih memang diuji keikhlasannya.......hanya Dia Kekasih Yang Setia....belaianNya hanya dapat dirasai oleh seorang kekasih jua....tabahlah...
ReplyDelete-salam perkenalan.. sy pun penah jadi surirumah utk 2 kali.. heheehe sbbnye, nak jage anak sendri.. skali pas anak 1st lahir, benti 2 bulan, pastu keje balik alhamdulillah murah rezeki dpt keje baru.. then 2nd time pas anak 2nd lahir, benti 3 bulan, then again syukur dpt keje baru... sbb keje smula was, ase mcm stress duk umah even mase keje ase nk sgt2 balik umah.. n also x dpt survive huhuhu... now berjinak2 ngn biz sikit.. kalo sume berjln lancar, again decided nak benti koje.. hihi. neway, ni saya ade nak tumpang iklan sikit ye TT-
ReplyDeleteSalam to blogger sume ^___^
mencari cari doorgift utk majlis kenduri kahwin mahupun jamuan keraian anda? cuba lawati blogspot Ananaifa di waffle-comel-ananaifa.blogspot.com dan sekiranya berminat dengan tawaran kami, bolehlah proceed for next action ya!
//Jazakallah & Jazakallah again ye TT//