Thursday, July 16, 2009

Imtihan@Madrasah

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih
Maha Penyayang.

Madrasah Hidup

Berdiam di madrasah, tentu saja syaratnya perlu melalui imtihan atau ujian. Imtihan akan datang bila-bila masa dan dalam pelbagai cara. Ada yang mudah, ada yang taf. Menghadapi imtihan di madrasah adalah penentu di standard manakah kita berada. Yang di tahap satu, pasti ujiannya sesuai untuk kemampuan tahap satu; yang di peringkat universiti, tentu saja persoalannya lebih teruji. Hidup di madrasah Ilahi ini, imtihan datang bagai tsunami yang tidak terjangkau oleh akal. Kadang-kadang cuma bagai riak-riak air di gigi pantai.



Menghadapi imtihan, walau kecil atau besar - perlulah mendapat sokongan padu dari Allah. Dekatkanlah diri dengan Allah, tautkanlah hati dengan-Nya. Mengadu dan merintihlah dalam kepayahan itu. Mohonlah perhatian dan petunjuk-Nya, apakah jalan keluar serta penyelesaian terbaik untuk kita. Selesai menghadapi imtihan, ikatan dan hubungan dengan Allah akan lebih teguh. Itulah skor tertinggi dalam apa jua bentuk imtihan.

2 comments:

  1. salam ya. Diam itu lebih baik kalau ada internal imtihan. Harap faham ya .. hihi. Moga ummi terus solehah dan kasyaf kalam.

    ReplyDelete
  2. Internal atau external imtihan; penyelesaiannya adalah kembali kepada Allah. Teringat patah-patah nasyid kegemaran saya;
    Kembalilah pada Allah..
    Carilah keredhaan-Nya..
    Masih ada kesempatan masa..
    Sebelum kau menemui-Nya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...