Tuesday, June 16, 2009

Alhamdulillah, Wa Jazakumullahu Khairan Jaza’

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih
Maha Penyayang



Alhamdulillah, segala puji bagi-Mu Allah yang masih menghidupkan hamba-Mu ini sampai saat ini. Walaupun telah banyak dosa dan penderhakaan yang hamba lakukan, masih saja Engkau memberi hamba nikmat hidup; dan yang lebih utama nikmat iman dan Islam. Padahal jika Engkau mahu matikan hamba pun, Engkau boleh bila-bila masa saja.

Jika Engkau mahu hancurkan hamba pun, tak kira di mana tentu saja boleh. Tapi kasih sayang dan rahmat-Mu melebihi segala-galanya. Engkau masih memberi izin dan peluang buat hamba meneruskan hidup dan memperbaiki segala kelemahan. Engkau masih buka ruang untuk hamba mendekati-Mu. Wahai Tuhan, tiada yang selayaknya kupuji kupuja melainkan Engkau; satu-satunya.

Terima kasih – semoga Allah memberimu ganjaran yang sebaik-baiknya wahai bonda Nafisah. Ma, engkau adalah wanita yang paling baik, paling indah kedudukannya di dalam hati ini. Jika hati ini punya singgahsana, tentu saja engkaulah ratu yang menempatinya. Kerana engkaulah sosok peribadi luhur yang solehah, lemah lembut dan santun. Penyabarnya engkau bagai kaktus di tengah sahara, yang masih tegak berdiri walau panas mentari membahang dan pijar bumi memeritkan.

Hari ini adalah hari ulangtahun besar buatmu. Hari untukku mengenang kambali segala pengorbananmu. Bukan hari untukku merayakan diri. Betapa sukarnya, engkau mengandungkanku, di saat kakak masih kecil dan sering sakit-sakit pula. Siangnya engkau dengan basikal tua, terkejar berkayuh ke sana ke mari melawati rumah-rumah orang bersalin. Dan malam hari, jarang-jarang tidurmu lena, terbangun oleh tangisan kakak yang punya kuasa ‘super tangis’. Dan mujur, ayah seorang bapa yang prihatin, berganti-gantilah kalian mengorbankan waktu tidur kalian.

Terima kasih – semoga Allah sentiasa merahmatimu wahai ayahanda Arifin, pahlawan keluarga yang terbilang garang, gedebe tetapi pengasih pada anak-anak kecil. Jasamu juga tidak mungkin aku lupakan sepanjang hayatku. Engkau adalah ayah yang pengasih dalam seriusmu. Engkau adalah ayah yang mengerti walau dalam kekerasan hukumanmu. Engkaulah penjaga dan pengawal yang paling ampuh. Tanpa ketegasanmu, tentu aku bukan seperti aku hari ini.

______________

*28 tahun yang lalu, saya lahir, di saat azan Zohor berkumandang, hanya setelah sejam ma merasa sakit. Saya lahir dari seorang wanita yang lemah lembut dan seorang lelaki yang gedebe perkasa. Dari asuhan ma dan didikan ayahlah saya menjadi saya pada hari ini. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu membalas segala jasa dan bakti yang kalian curahkan selama ini. Selamat hari ulangtahun kasih sayang buat ma dan ayah. Semoga kalian dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dikekalkan jodoh, diberikan kesihatan yang baik dan ditambahkan amal dan ibadah kepada Tuhan yang Maha Menyayangi.

Jazakumullahu khairan jaza’.


4 comments:

  1. Assalmmuaalaikum,ummichan.terima kasih kerana sudi ziarah blog akak. Apa khabar 4 hero kat rumah?4 hero kat rumah akak, sihat lagi aktif memanjang...

    ReplyDelete
  2. Syukran ya ukhti Nuriah. Bila boleh panggil dr ni? Tak sabar-sabar!Kepada akak Ummuafiq, hero 4 orang saya ni online setiap hari dan aktif sokmo linenya. Di rumah dengan projek permainan jom heboh mereka, di tempat usrah pun macam tu juga. Main bola, lumba lari, tumbuk-tumbuk, geletek menggeletek.. kalau mereka senyap sikit pun time melukis dan main pasir. Itupun dengan bekalan kerja tambahan untuk ummi mereka - sepahan kertas dan pasir. Ya Allah, mujahid kecil! :)

    ReplyDelete
  3. sabar ummi_chan, insya-Allah masa tu akan tiba, yeahhh ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...