Friday, April 18, 2008

Karier

Orang selalu tanya saya, "kerja apa sekarang?". Dan bila saya dengan bangganya menjawab "Surirumah", mereka akan tunjuk reaksi terkejut, tak percaya, buat muka sedih dan yang sewaktu dengannya. Ramai yang komen, "rugi" sebab saya ada ijazah dalam bidang Sains Matematik, USM. Bagi mereka saya rugi wang gaji berjumlah lebih kurang RM1500-RM2000 sebulan. Dari wang itu, saya boleh beli baju baru, boleh pakai kereta sendiri, boleh beli rumah, boleh bagi pada ibu ayah(sebagai membalas jasa), dan boleh itu ini. Bagi saya pula, saya sudah punya perancangan sendiri, semenjak saya kahwin (saya kahwin waktu di universiti) untuk menjadi surirumah, menjaga rumahtangga dan mendidik anak-anak dengan ilmu yang saya ada. Saya dapat anak sulung semasa di tahun akhir, anak itu saya bawa duduk bersama saya di asrama kerana saya tak sampai hati membiarkannya minum susu lembu atau susu kacang soya-lagipun, saya tak sanggup nak berpisah dengan dia).



Jadi, sembunyi-sembunyilah anak saya itu membesar di Desasiswa dengan bantuan rakan-rakan yang prihatin. Selepas grad, saya terus mengasuh anak saya di rumah dan kerjaya itu nampaknya cukup serasi dan sebati dengan jiwa saya. Kemudian, saya bersalin lagi sebanyak tiga kali, setahun seorang(kini jumlah anak saya sudah masuk empat). Bila saya jawab, "Surirumah pun kerja juga, mendidik anak-anak. Saya tak sanggup tinggalkan mereka". "Sekarang ni", kata diorang "orang nak kerja dah tak susah.. anak-anak boleh tinggal rumah pengasuh, nurseri pun banyak macam cendawan tumbuh lepas hujan, tak pun boleh ambil bibi jaga anak-anak di rumah. Kehidupan zaman sekarang perlukan wang yang banyak, rugilah tak kerja.."

Pesimis!

Bagi saya, saya tak rugi apa-apa dengan menjadi surirumah bahkan saya mendapat manfaat yang besar daripadanya. Bukan untuk saya saja, malah untuk suami dan anak-anak saya juga. Saya tahu dan yakin, bukan saya seorang yang memilih surirumah sebagai kerjaya. Di luar sana tentu ramai lagi, mungkin yang mempunyai kelulusan lebih baik dari saya; mungkin juga bekas pekerja bidang profesional yang sanggup melepaskan jawatannya. Nikmatnya menjadi surirumah bukanlah pada wang gaji yang diperolehi sebulan sekali tetapi pada setiap perkembangan yang berlaku di hadapan mata, setiap saat yang berlalu. Biarlah orang lain nak kerja, saya tak kutuk dan tak hina. Tetapi alangkah baik jika mereka menghormati pilihan saya untuk menjadi surirumah..

7 comments:

  1. awok..ssya sokom..if i ever had a chance..i would do the same thing..malangnye..tade org ndok..ahahaha...terpaksa lah kijo dlu awk weh..ehehe..sonok tgk ank awk ghamai2..saya nih..anok kucim pon xdok..

    ReplyDelete
  2. lupo nk royak..saya shalwani..

    ReplyDelete
  3. one day I will be a full time housewife too...just wait the time to come...
    bln 12 ni nk dpt baby lg, sethn sorang gok mcm wahida...
    ni...Idama laa...rememba?? feel free to visit my blog...
    http://edamanali.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. aloh la.. wani jumpa dulu blog wahida. ceis

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, saya maity...bestkan kalau dpt jadi surirumah. it's not tht surirumah ni kerja mudah, but perkara yg best ialah bila dapat tgk anak2 membesar dpn mata. but now i'm working, insyaALLAH one sweet day i'd do the same thing.

    ReplyDelete
  6. very refreshing.. saya pun ada degree in IT, dah bekerja selama 6,7 tahun sebelum saya berkahwin dan mengambl keputusan untuk berhenti. sekarang surirumah sepenuh masa, anak sudah 3 org (usia perkahwinan 4 1/2 tahun) dan rezeki suami (& keluarga) semakin bertambah walaupun hanya suami yg menanggung semua perbelanjaan. saya bahagia begini dgn anak2 yg semakin bijak & diberi kesempatan oleh Allah swt utk melihat sendiri perkembangan anak2 dari hari ke hari. puas sudah mendengar keluhan/desakan ramai supaya kembali bekerja but this is what I want to be and my husband fully supports me. bekerja itu satu ibadah, saya berhenti kerana saya tidak dpt lagi menumpukan 100% perhatian kepada kerjaya, yg mana wujudnya pertikaian dalam hati samada wajarkah saya mendapat gaji sebegini dgn usaha yg saya lakukan. takut nanti saya terhutang byk secara lahiriah dan batiniah. dari sudut pandang saya sahaja, terima kasih..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...