Saturday, June 14, 2008

Manfaat Menjadi Surirumah

Saya yakin, tugas saya sebagai seorang surirumah adalah tugas besar. Tugas penting dan melibatkan ummah. Saya bukan bergoyang kaki di rumah. Atau menunggu suami membawa pulang rezeki semata. Tugas saya sungguh mencabar. Saya bertanggungjawab memelihara sebuah komuniti kecil yang memerlukan segenap tumpuan. Seorang surirumah pada saya memegang portfolio yang penting dalam mengurusi sebahagian dari sekalian ummah. Dia adalah permaisuri yang berkuasa menentukan jatuh bangun kerajaan rumahtangganya. Walaupun bergelar permaisuri, tugasnya adalah pelbagai dan mencakupi hampir semua bidang. Seorang surirumah adalah chef, jururawat, guru, penghibur, pengurus, setiausaha, akauntan, tukang sapu, tukang cuci, kaunselor bahkan motivator.

Kadang-kadang, apabila bersendirian mengenangkan zaman belajar, saya juga tidak menyangka akhirnya saya terpilih untuk menjadi seorang surirumah. Kerjaya mulia zaman-berzaman. Dengan jalan hidup yang telah Allah aturkan selama ini, bersekolah di SMTM (Sekolah Menengah Tengku Mahmud, Besut, Terengganu-zaman remaja terindah), memasuki KISAS (dua tahun yang paling memberi impak dalam menentukan halatuju hidup saya) dan kemudian ke universiti.. saya sangkakan saya akan menjadi seperti kebanyakan wanita hari ini, yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Saya juga pernah berangan-angan untuk menjadi seorang professor, saintis atau ahli kaji bintang. Memang saya cenderung dalam bidang sains. Dan sampai hari ini saya masih berminat dengan bidang ini.

Kita merancang, Allah merancang dan ternyata, Allah adalah sebaik-baik Perancang.

Apabila menguruskan rumahtangga, saya tidak merasa pengajian saya selama 17 tahun itu sia-sia. Saya dapat mengajar sendiri anak saya. Asas membaca, mengira dan mengaji dapat saya tangani. Dan seawal-awal hidup mereka, dengan asas agama saya yang tidaklah sehebat mana, dapat pula saya ajari mereka akan adanya Allah. Dari sudut jasmaniah, saya dapat menyediakan sendiri pemakanan seimbang yang halalan toyyibaa (halal lagi baik) untuk mereka, memakaikan pakaian yang suci dan bersih, mengajar mereka adab-adab makan minum dan membuang air di tandas. Bahkan saya merasa hati saya sungguh puas dapat melihat kemajuan demi kemajuan yang dialami anak-anak saya.

Saya benar-benar beruntung. Saya melahirkan mereka tahun demi tahun. Dan kini mereka adalah kawan rapat; yang bermain bersama dan kadang-kadang bergaduh juga. Malahan selalu juga berperang dengan saya. Maklumlah saya ibu muda yang semangatnya masih membara. Young and dangerous kata suami saya. Tetapi hakikatnya saya dan anak-anak benar-benar rapat. Saya adalah tempat mereka bermanja, mengadu dan merajuk. Saya juga tempat mereka mengatur (meminta-minta). Jauh di sudut hati, saya merasa sungguh diperlukan oleh mereka. Saya sungguh penting untuk mereka.

Saya hari ini benar-benar berbangga dengan kerjaya saya sebagai surirumah. Dan saya ingin menyeru rakan-rakan surirumah di luar sana, janganlah anda merasa malu berjawatan surirumah. Lebih-lebih lagi di zaman ini. Kerana jawatan ini hanya Allah beri kepada wanita-wanita yang terpilih sahaja. Yang sanggup merasa kesusahan hidup di zaman material ini. Yang sanggup pula tidak merasa memegang wang gaji sendiri. Bahkan mengorbankan keinginan dan kehendak diri. Namun jika kita ikhlas, ganjaran dari Allah, sungguh tak terperi.

18 comments:

  1. bila la saya nak jumpa tall dark n handsome ni.. nak jadi young n dangerous ngan anak2 mcm Da jugak..

    ReplyDelete
  2. saya juga seorg surirumah selama 10thn menjadi surirumah saya belajar byk erti kesabaran dan kasih syg

    ReplyDelete
  3. selamat berkenalan. saya sekarang bekerja dan tgh mencari peluang untuk bekerja dari rumah. memang hakikatnya berada di rumah adalah yang terbaik untuk seorang ibu. jemput berkunjung ke blog saya http://aliyadaniel.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. rasa hati saya terubat membaca blog ini..Saya juga pemegang ijazah dan telah ditakdirkan menjadi surirumah sepenuh masa tika ini..pelbagai tanggapan negatif terhadap status saya ini namun saya percaya status ini lebih mulia dari bekerja....

    ReplyDelete
  5. AlhamdulilLah..tahniah Ana kerana terpilih menjadi ibu dan isteri yang mulia di sisi Allah. Sungguh Ana beruntung. Semoga kebahagiaan iman dan taqwa melimpah ruah dalam hidup Ana sekeluarga. Amiiin...

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah...dapat jadi guru pertama untuk anak2...
    salam perkenalan kak...

    ReplyDelete
  7. Salam perkenalan jugak buat ahliah najah..apa maksud ahliah ya? maafla bertanya sbb ada dua tiga orang yang bernama mcm tu?

    ReplyDelete
  8. 'ahliah' tu makna nya 'isteri kepada'. 'najah' tu pula nama suami.

    ReplyDelete
  9. Oooo...baru tahu. terima kasih atas ilmunya..

    ReplyDelete
  10. ku terkedu,terus menangis bila mgetahui manfaat mjadi suri rumah...selama ini selalu sedih dan kecewa dgn diri ini

    ReplyDelete
  11. Alhamdullillah ..bertemu blog ni..hasrat untuk berada di rumah semakin terasa....di samping 6org anaka2..yg sekarang dibawah jagaan sorang bibik... setelah sudah 23 tahun berkerja.. rasanya anak2 lebih perlukan ibu memasak dan membimbing setiap hari..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum...alhamdulillah,sungguh,hati saya amat terubat dengan membaca blog akak ni.saya juga bekas graduan yg hanya bekerja 4thn,kemudian ditakdirkan menjadi surirumah..pelbagai kata2 sindiran dan teguran dari keluarga sdiri,yg kurang senang dengan keputusan saya menjadi surirumah,saya cuma cuba tersenyum dan bersabar..malah masyarakat luar,kwn2 dan sedara mara juga kebanyakannya sprt kurang percaya dgn kptsn saya,melihat reaksi mereka,memek muka yg merendah2kan title yg saya pegang,slalu mbuat saya rendah diri dan bersedih..ttp,hr ni,setelah mbaca blog ni,ia tlh byk mengubat hati saya.terima kasih kak.

    ReplyDelete
  13. saya pun merasa seperti kawan yang lain. Rs kecewa hanya bergelar seorang suri rumah sepenuh masa. lebih2 lg bila di[ersoalkan ramai org...

    ReplyDelete
  14. saya baru 2-3 tahun menjadi surirumah...dan mmg susah nk mengaku diri as a housewife klau dh punya ijazah...tp itu kehendak suami...kekadang hati memberontak...yg paling terasa bilamana tak dapat nak pegang duit gaji sendri dan tak dpt sedikit kebebasan seperti kawan2 lain...kita ni asyik berkepit 24jam ngan anak jer..coz anak masih kecil...tp bila baca blog nie, rasa seronok pula dpt jumpa ramai kawan2 yg juga housewife...trima kasih...

    ReplyDelete
  15. sampai sekrg sy tidak faham kenapa org luar mesti pandang rendah/kutuk org yang jd surirumah walau ada ijazah...orang2 mcm ni dungu ke..(maaf guna bahasa kasar)..bkn ke dlm islam dh nyatakan...tempat seorng prmpuan adalah di rumah...org prmpuan keluar bekrja klu ada keperluan je..klu x kerja bukannya berdosa...adakah org2 itu dengki sbb kena kerja+balik kerja kena buat kerja rumah lagi...

    ReplyDelete
  16. Salam,sekadar ingin berkongsi, klu menjadi surirumah sepuhmasa dari segi kewangan tak ada masalah memang impian saya tapi sekiranya kekangan dari segi kewangan surirumah tu mestilah seorang yg berjiwa kental dan penyabar kerana kita tidak boleh menipu hati kita yg mengingini sesuatu yg kita inginkan.pengorbanan akan mengatasi segala-galanya sekiranya tidak seiring dgn kewangan yg baik.

    ReplyDelete
  17. Salam..genap setahun saya telah menjadi surirumah sepenuh masa..selepas beekahwin, saya telah bekerja selama 4 1/2 tahun . Sebab utama saya berhenti kerja adalah kerana kesihatan anak2 yang kerap demam dah saya sukar mendapat cuti daripada majikan.alhamdulillah, rezeki suami sgt baik dan dapat memberi kami kehidupan yg baik juga..saya akui saya kerap stress apabila berhadapan kerenah anak dan tiada masa utk diri sendiri.saya kerap megelak utk berjumpa kawan kawan dan saudara mara kerana tidak kuat untuk menelan kata- kata mereka yang mengkritik saya kerana berhenti kerja..kini perasaan saya semakin baik kerana sesungguhnya kite insan terpilih utk melihat anak2 membesar di hadapan mata..jiwa anak2 juga terlihat keriangan kerana mereka tidak perlu lagi menumpang di rumah pengasuh..

    ReplyDelete
  18. Salam, lega hati sy baca blog ni. Sy juga surirumah hampir 2 tahun, Alhamdulillah, kewangan kami mencukupi, dan sy tdk perlu bekerja utk bantu suami. Kadang2 sedih bila kebanyakan org pandang rendah kerjaya suri rumah.. sedangkan jika dihitung gaji mereka suami+isteri, masih belum capai tahap gaji suami sy yg lebih tinggi. Kadangkala geram dibuatnya. Bukanlah tugas kita utk menghabiskan duit, atau menyusahkan suami, bahkan mmg tugas suami utk menyara isteri.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...