“Awak tak rasa sayang dan rugi ke, bergelar graduan tapi tidak bekerja?” Tanya seorang sahabat saya lewat sms pada suatu hari. Soalannya itu menyebabkan saya tersenyum tawar. Bukan dia seorang yang pernah bertanyakan soalan yang sama. Malah ramai lagi. Saya termenung panjang setelah membaca sms kiriman sahabat saya itu. Apa yang perlu saya jawab? Ayat apakah yang paling sesuai untuk saya terangkan kepadanya tekad saya untuk menjadi surirumah? Kadang-kadang saya terasa malas hendak membalas sms yang berbunyi seperti itu. Terasa juga seolah-olah orang yang menyoal itu merendah-rendahkan kerjaya surirumah. Tercabar juga saya tahu!
Setelah agak lama berfikir; saya pun membalas. “Saya memang seorang graduan, tapi saya juga seorang ibu. Gelar graduan itu saya dapat dari manusia tapi Allah telah melantik saya menjadi ibu. Saya tidak sayang sangat dengan gelaran graduan itu tapi saya terlalu menyintai tugasan keibuan yang Allah amanahkan. Alangkah sayangnya, jika seseorang wanita yang telah menjadi ibu, tidak dapat menunaikan tugasan ibu sepenuhnya.” Maafkan saya jika kandungan sms saya mengguris hati anda wahai rakan-rakan pembaca; jika anda adalah ibu berkerjaya. Saya amat faham dengan tuntutan kehidupan hari ini. Dan saya juga maklum dengan kesusahan yang dialami kaum wanita yang bekerja – kerana Ma saya juga bekerja. Saya tidak pernah menghina dan merendah-rendahkan wanita berkerjaya. Tetapi saya memang menyanjung kerjaya surirumah.
Rakan-rakan saya baik belaka. Mereka sering menasihati saya supaya melakukan sesuatu di dalam hidup. Jangan hanya bergantung pada suami dan mengharapkan duit orang. Bahkan ramai pula yang memberi semangat dan cadangan supaya saya cuba memohon KPLI, Diploma Pendidikan, atau mengajar di politeknik bersama-sama suami saya. Mereka memberitahu begitu begini prosedur yang perlu saya jalani untuk memohon pekerjaan. Mereka juga ada memberi pesanan ‘ikhlas’. Pesanan ini hanya dibisik-bisikkan sesama kaum hawa saja. Tapi saya kabo (ghoyat, beritahu) juga di sini untuk tatapan umum. “Kita orang perempuan kena bekerja. Wang simpanan kena ada sebagai jaminan masa depan. Kita tak tahu apa akan berlaku dan jangan percaya seratus peratus dengan orang lelaki. Masa sayang ni, ye la.. tapi bila habis manis sepah dibuang.”
Ya, orang perempuan memang kena bekerja. Dan saya juga bekerja; sebagai surirumahtangga sepenuh masa. Atau lebih kelas lagi kalau saya sebutkan, surirumah professional. Jaminan masa depan saya bukan wang simpanan tetapi Allah. Kita memang tidak akan tahu apa yang akan berlaku di masa depan, sebab itulah saya mengambil Allah sebagai Penjamin saya. Dia adalah sebaik-baik Penjamin. Yang bukan hanya menjamin kewangan bahkan yang lebih utama adalah aqidah dan keimanan. Kepercayaan saya seratus peratus memang bukan pada manusia; tetapi kepada Allah. Saya percaya kepada Allah. Saya yakin dengan-Nya.
Di sini, saya ingin mengingatkan wanita-wanita yang bekerja; jika anda bekerja untuk jaminan masa depan atau bimbangkan sesuatu berlaku dalam rumahtangga anda – maka buangkanlah niat-niat sebegitu dari dalam hati anda. Jadikanlah tugasan kerjaya anda sebagai ibadah dan betulkanlah kembali niat anda untuk membantu meningkatkan ekonomi rumahtangga. Ingatlah.. wang bukan segala-galanya. Dari zaman Nabi Adam; hinggalah ke hari kiamat; hanya Allah sahajalah Penjamin hidup manusia!
saya setuju dgn Da pasal kena perbetul niat nak kerja tu. bosan dengar ore kata gitu.satu lagi, zmn loni surirumah pun buleh buat mcm2 bisnes dari rumah. tak perlu jadi cikgu kpli, maktab, etc. peluang loni banyak terbuka, tak semestinya makan gaji sj. jalan rezeki setiap org lain2. ambik degree gunanya utk prepare kita dgn dunia luar, tak semestinya kita kena kerja betul2 dalam bidang kita.
ReplyDeleteda. lama tak update. rindu la nak baca..
ReplyDeleteish ish ish.. ini i la... yang duk main-main mesej ngan u sokmo2 tu... classmate masa teku mamut. the cutest one in our class (hehe ye saya perasan).. ni Nuyah puan wahida weh.
ReplyDeletemmg betol ape yang kamu ckap...tetapi ALLAH tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan hambaNYA itu berusha mengubahnyer..Hanya ALLAH Penjamin kite semua, tetapi kita tetap kena berikhtiar..mungkin kamu mempunyai suami yang bergaji besar,lebih mudah utk mengambil keputusan tidak berkerja..untuk menjaga amanah ALLAH,iaitu anak2,rezeki perlu dicari agar mereka mendapat pendidikan yang sempurna,dpt mnyebarkan ilmu yg bermanfaat kpd semua sbgai bekalan untuk kita juga di alam baqa..
ReplyDeletealhamdulillah..ada yg sehaluan dgn akak..
ReplyDeleteAllah Penjamin Hidup Manusia sentiasa menjamin hidup saya dan 4Muhammad. Saya tak takut, saya tak sedih..Allah ada..
ReplyDelete